Selasa, 13 Disember 2016

CIKGU ITU

CIKGU ITU

Cikgu itu,

Sentiasa berada di kaki gunung

Mendongak dan memerhati anak-anak muridnya

Mendaki berjurus-jurus, lalu dia tersenyum


Tatkala anak muridnya sudah sampai ke puncak,

Dia masih tersenyum

Meski pun dia masih tetap berada di kaki gunung

Malah dia akan terus tetap berada di kaki gunung

Untuk terus mendongak dan memerhati 


anak-anak muridnya mendaki dan mendaki

sehingga  mencapai impian di puncak alam.


Sekiranya dalam pendakian itu

anak muridnya tersadung lalu jatuh berguling-guling,

cikgu itu akan membidangkan tangan

lalu menyambutnya di kaki gunung.

Cikgu itu,


akan membersihkan segala kotoran 

dan menyapukan ubat pada setiap luka dan calar 

yang tergarit pada kulit anak muridnya

Dengan kata-kata yang beroborkan api, 

cikgu itu terus mendorong anak muridnya 

supaya terus mendaki sedangkan dia, 

cikgu itu, akan tetap terus berada di kaki gunung 

mendongak dan memerhati 

dan sentiasa sedia membidangkan tangan 

jika anak muridnya jatuh berguling lagi.

Cikgu itu, 

kala anak muridnya sudah duduk di dalam bilik berhawa dingin, 

dia masih tetap di bawah kipas angin, 

mata cerah semakin rabun, 

rambut hitam beransur kelabu, 

namun cikgu itu tetap terus mengajar dan membimbing, 

tanpa sedikit pun rasa jemu dan berkeluh-kesah.